Saturday, August 11, 2012

Rindu

Rindu..
entah kenapa hati ini terasa sayu tiba-tiba
harini hati ini begini
rasa macam nak menangis pun ada
tapi sebab apa?
sebab aku rindu kamu..
ye kamu yang dulu selalu ada dengan aku..

Rindu..
bukan tak boleh dibendung rasa itu
cuma aku dah tak termampu untuk membendungnya
sebab sudah lama ia ada di situ
di dalam hatiku

Rindu
ku kira kalau rindu iu boleh dinilai
boleh di timbang dengan neraca
pasti penimbang itu pun tak mampu menanggungnya
sebab apa?
sebab ianya terlalu memberat di dalam hati ini
sampai kadang kala rasa tak termampu untuk mengusungnya
tapi harus yang bagaimana?
kerana selagi hati dan hayat ada di situ
rindu itu perlu ku bawa sekali bersama
ke hulu ke hilir yang entah bila akan berkesudahan

Rindu
tolonglah untuk kali ini
kau pergi dan berlalu
kerana aku akan rasa sayu 
setiap kali kau di situ
terus menetap dalam hatiku

Rindu
aku sudah tak mampu menanggung air mata itu
yang selalu menemani sepi-sepiku
tolonglah aku rayu
kau pergi dariku
ataupun kau datang membawa khabar gembira buatku
yang mana dia ada di situ
datang untuk bertemu aku
menyapu air mata ini dan melenyapkan air mata ku
kerna aku tahu..
aku sangat rindu kamu..
sungguh-sungguh untuk kamu rindu itu

i miss u..


Salam rindu tolong berlalu : MeLL
Lagu : Fantasia Bulan Madu
Mood : rindu kamu..

No comments:

Post a Comment

i really appreciate if u can leave the comment after reading..lot's of love from me to u..thanks :)