Salam...masa aku di sini kian suntuk..aku ada lebih kurang 29 hari saja lagi untuk tinggal di melaka..lepas tu aku tak tau aku akan pegi mana..dalam masa yang suntuk ni,sempat ke aku nk jumpa org2 yg sepatutnya aku nk jumpa??ada lagi ke peluang utk aku jumpa mereka?entahlah..aku sentiasa berdoa semoga ada kesempatan itu..walaupun tak lama,tapi sekurang-kurangnya bagi aku untuk bersua muka dengan mereka..
Aku terlalu rindu pada mereka2..rindu segala kenangan kami bersama dulu..
Mungkin orang tengok aku happy,tapi jauh di lubuk hati ni,Tuhan saja yang tau macam mana pedih dan peritnya aku tahan dan tanggung rindu ni sorang2..yes,aku rindu..sampai kadang2 aku menangis sebab dah tak mampu nk tahan rindu ni..tapi,aku tak mampu buat apa2..hanya doa saja yang jadi kekuatan aku..
Robb..untuk kali ini
Temukanlah aku dengan mereka yang aku rindui
Kerana aku sudah tak mampu menanggung lagi
Segala rindu di dalam hati..
Terus tabah: MeLL
Lagu: Khalimah Janji
Mood: Menunggu tarikh luput
No comments:
Post a Comment
i really appreciate if u can leave the comment after reading..lot's of love from me to u..thanks :)