Ku kira semalam bila kau menjauh
Kau melangkah pergi
Kau tak akan kembali lagi
Tak akan bertemu lagi
Ku kira cerita antara kita sudah tertutup rapi
Mati..
Lagu-lagu sudah tak berpuisi
Semuanya menjauh hati dan menyepi
Ku kira aku sudah berjaya mengubati hati
Sakit ini cubalah fahami
Ku punya hati bukan untuk di sakiti
Kecewanya hanya di ketahui oleh Ilahi
Ku kira kau tak akan ingat lagi
Kau tak akan cari lagi
Semua kenangan yang pernah kita terajui
Kerana itu hanya memori
Tapi kini kau kembali
Untuk apa aku pun tak pasti
Jika aku yang kau cari
Aku masih di sini
Tapi jika kau kembali
Hanya untuk mengocak perasaan dan hati
Dalam diri ini
Aku mohon kau menjauh dan pergi
Aku bukan boneka dan mainan diri
Bukan juga penyeri hanya di kala sepi
Aku insan yang hidup dalam realiti
Bukan hanya dalam fantasi apatah lagi imaginasi
Ini Bukan Lagu Rindu Ini Madah Dendam
Mungkin bukan untuk kamu hadam
Kerna aku cuma diam
Terus berjalan dalam sepi dan kelam
Sahur 20 Ramadhan (8.19p.m.)
Selayang Pandang: MeLL
Lagu: Khalimah Janji
Mood: Halfway